Sunday, June 20, 2010

..:: Salam Bulan Rejab::..

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “

[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]

..::Kalam Mutiara buat Sahabat::..

"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar." (Khalifah ‘Umar r.a)

Tuesday, March 2, 2010

...::Buat teman-teman::..

Syaikh Ibnu Athaillah mengatakan:

"Bukanlah sahabatmu, kecuali orang rela bersahabat denganmu sedangkan dia telah mengetahui celamu. Dan tidaklah yang demikian itu (engkau dapati di kalangan manusia) kecuali Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Sebaik-baik teman yang engkau pergauli adalah orang yang memperhatikan kepentinganmu, bukan kerana sesuatu kepentingan yang diharapkannya daripadamu untuk dirinya."

Sunday, February 14, 2010

.....:::::Sanah helwa ila kawan2:::::....

Birthday Graphics
More Birthday Glitters at Jhocy.com


Khususan ila sahabat2 yang lahir pada bulan Februari....

-->Rabiatul,Juita,Al-Hafiz,Hafiza dan Shahida...

>>>Moga panjang umur,dimurahkan rezeki,moga makin bertambah iman dan amal,,...
kalau dah habis satudy nak wat majlis jangan lupa inform kat kawan2 yang lain ye..=P
Moge ukhwah kita yang terjalin terus berpanjangan...Barakallahu lakuma....(",)<<

Kepada sahabat2 yang namanya tidak disebut..maaf ye..Coz tak dapat nak ingat semua
kalau ada siapa2 yang tahu,maklumkan la ye...=)



Tuesday, February 9, 2010

buat Sahabat2 seperjuangan..

Hari ini adalah pemberian..manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba adalah yang paling tinggi Taqwanya..Semalam adalah sejarah buat kita..Beristighfarlah kita untuknya dan bersyukur atas kurniaan hidayah dariNYA..kerana sebaik-baik zikir adalah istighfar & sebaik-baik doa adalah Alhamdulillah..Esok adalah misteri yang padanya terletak angan2..dan sebijak-bijak manusia adalah yang sentiasa mengingati akan kematiannya dan mempersiapkan diri untuk kehidupan sesudah mati..dan terpeliharalah sebahagian Iman dalam dada anak Adam bila dalam hatinya menyintai saudara islamnya yang lain kerana Allah...
>>>ukhwah Fillah buat semua sahabat seperjuangan...<<

Monday, January 18, 2010

Warkah sedih buat bonda tercinta

Tahun ini buat pertama kali dalam hidupku aku menyambut kedatangan Syawal tanpa mencium tangan ibuku. Ayah pergi ketika aku berusia 8 bulan dan tentunya aku tak pernah kenal kasih ayah. Bagiku ibu adalah segalanya, cukup tabah membesarkan kami enam beradik.Sebagai anak bongsu tentu sekali aku cukup manja dan disayangi.

Tanggal 18/8/99 memalit memori tanpaku duga kepulangan ke kampung kerana cuti sakit bakal menemukan aku denganmu untuk saat yang terakhir. Sengaja aku minta Uda agar tidak memberi tahumu bahawa aku dimasukkan kehospital kerana sakit batu karang. Kepulanganku disambut dengan mesra olehmu.

Selepas makan tengahari pada hari tersebut aku lihat kau termenung di pintu rumah memandang tingkap. Terdetik di hati untuk bertanya apa yang kau fikirkan bu, tapi tak terkeluar ungkapan itu. Semasa makan tengahari suasana amat meriah bila kau berlumba-lumba menyuap nasi dengan anak-anak buahku yang memang menjadi penawar sepimu.

Petang itu aku dan kawan-kawan pergi menjala ikan talapia di Tanjung Tualang untuk dibakar dan dimakan beramai-ramai seperti yang selalu kami lakukan. Kami pulang agak lewat, pukul 8.00 baru kami sampai. Waktu itu kau tinggalkan hidangan makan malam untuk melihat ikan yang kami bawa. Kau begitu sibuk menyuruh kawan-kawanku makan dan mandi untuk membersihkan diri. Kau juga sibuk menyiapkan pisau dan besen untuk kami menyiang ikan tersebut agar dapat segera dibakar. Aku mengambil pisau dan mula menyiang ikan tersebut serta Mak Chu menolong aku membersihkan ikan sementara kawanku menyediakan api. Kau juga membantu aku menyiang ikan. Di sinilah mulanya perubahan sikapmu yang amat ketara. Kau memilih ikan yang kecil dan ikan yang disiang kau lemparkan di depanku tanpa memasukkannya ke dalam besen. Hatiku tertanya kenapa kau bersikap demikian. Aku buat tak tahu. Kawanku juga perasan apa yang berlaku. Seperti aku mereka hanya menelan segala pertanyaan tersebut.

Aku terdengar kau memanggil nama Uda dari dalam rumah. Aku sendiri tidak sedar bila kau masuk ke dalam. Waktu itu kawanku pulang ke rumah mereka untuk mandi. Aku nyatakan pada Uda, mak panggil. Mungkin ada orang call, tapi aku sendiri tidak mendengar sebarang panggilan telefon. Beberapa saat bila Uda masuk aku terdengar suara Uda memanggil namaku dan Abang Uda dalam nada cemas. Aku meluru masuk bersama Mak Chu dan Abang Uda.

Ya Allah, aku lihat kau berbaring atas tikar siap dengan bantal. Ketika Uda masuk dia sempat bertanya kenapa. Kau katakan dadamu sakit. Aku meluru mendapatkanmu. Kuurut dadamu dan Mak Chu mengurut perutmu yang keras. Kutanya dah makan ubat penahan sakit. Kau mengangkat lidahmu dan aku lihat masih terdapat ubat di situ. Aku angkat kepalamu atas ribaanku. Peluh membasahi dahimu. Aku sapu peluh itu di masa yang sama kutak henti-henti mengajarmu mengucapkan kalimah laillah haillallah.

Pada ketika itu kau tidak mampu untuk berkata-kata, hanya lidahmu yang bergerak. Ketika menahan kesakitan yang amat kau mengiringkan tubuhmu ke kiri. Kemudian kembali ke kanan. Saat itulah matamu menatap wajahku bersama kalimah Allah. Pandangan kita bersatu. Sinar matamu makin lama makin pudar. Tubuhmu kebiruan. Airmata tak mampu kutahan lagi. Kupeluk tubuhmu yang lesu. Abang Uda mencadangkan untuk membawamu ke hospital. Aku hanya akur walaupun kutahu ianya tak memberi erti lagi, hanya yang ada sisa nadi di halkummu.

Sepanjang jalan ke hospital aku tak henti-henti memangil nama mak... mak... mak... Ketika hampir memasuki hospital aku dengar nafasmu yang terakhir. Aku menangis sepuasnya. Sampai di hospital, kurasakan ingin berpatah balik. Tapi untuk kepastian aku merelakan kau diusung ke bilik kecemasan. Doktor berusaha merawatmu, dan dia mengatakan kau telah pergi...buat selamanya...Tubuhmu yang membiru kembali berdarah semula dan buih putih keluar dari mulut dan hidungmu. Aku rasakan kaki ini terapung tidak memijak bumi. Uda memelukmu sambil menangis dan Mak Chu terjelepuk atas kerusi. Aku meraung sepuasnya...

Aku menuntut jenazahmu. Dan sepanjang jalan di dalam van jenazah aku menangis sambil membaca ayat-ayat suci untukmu. Fikiranku kosong. Ketika jenazahmu dibawa ke rumah, aku sudah tak mampu untuk berdiri. Terpaksa aku dipapah naik. Saat mengharukan bila Yeop, Nyah dan Kak La amat terharu kerana kau tak sempat menatap anaknya yang sulung yang bakal lahir bulan depan. Abang Yang tentu tak menyangka kerana pukul 8.00 dia menelefonmu bersembang dan bergurau denganmu dan pukul 9.45 malam kau telah pergi buat selamanya.

Sepanjang malam kami tak tidur. Aku tatap wajahmu, kau umpama lena dibuai mimpi.. Pak Cik Aki datang membacakan Al-quran. Dia amat terkejut kerana baru petang tadi kau ke rumahnya mengaji. Itulah rutin hidupmu yang tak pernah jemu mengaji.

Pukul 11.00 pagi esoknya jenazahmu dimandikan. Maafkan aku bu, kerana tidak berdaya mengangkat jenazahmu ke tempat mandi. Aku tak berdaya...aku rebah. Wajahmu nampak berseri bila dipakaikan tutup kepala. Kami anak-anakmu bergilir-gilir mencium pipimu. Terasa sejuk sekali.

Kami adik-beradik mengiringimu ke tempat persemadianmu. Perjalanan terakhir buat selamanya. Sayu,pilu dan airmata silih berganti. Kau pergi mengiringi ayah bertemu Ilahi di saat kami dahagakan kasihmu. Kini setelah setahun kau pergi banyak perubahan terjadi. Rumah kita tempat kami bermanja terbiar sepi. Uda kini tinggal di Langkawi. Aku juga makin jarang pulang ke kampung. Bagiku tiada apa lagi kecuali Mak Chu tempat kami menagih kasih. Halalkan susumu yang membesarkan kami.

Mak... kesedihan ini tak berakhir disini. Aku bakal ditabalkan sebagai raja sehari pada 3/9/2000 ini. Sesungguhnya hari yang membahagiakan ini akan kusambut tanpamu yang bergelar ibu. Memang pedih. Pastinya majlis itu tetap kulaksanakan di kampung, di rumah kita, agar ia kembali segar walaupun untuk seketika.

Mak Chulah yang mengambil alih tempatmu menguruskan perkahwinanku di kampung. Kalau kau masih ada tentu kau gembira untuk menerima menantu. Dan pasti kau lebih gembira kerana dia adalah anak angkatmu, yang turut mengiringimu ke perjalanan terakhir. Dia tak sempat menumpang kasihmu sebagai menantu tapi dia bersyukur dapat belaian manjamu sebagai ibu.

Oh ibu... kau disiram bayu pagi... kehilangan terasa kini dan kesepian...
Tuhan yang Esa ampuni dosa ibu.... tempatkan mereka di antara kekasihmu...
Ya Allah... ampuni ibuku... Al-fatihah buatmu...


Subject: warkah sedih untuk bonda tercinta

WARKAH BUAT IBU...

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk sahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.

Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam.....
kengkadang siaran indonesia...mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu digunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak basuh tangga rumah bersih2.....
pastu mak jemur karpet dan yang paling menarik sekali
mak kabo kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak prasann takk..??
kiter gelak sakann bila mak kabo duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak juga
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmoh pi hospital.....
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...
Mak kata mak takmoh duduk dalam hospital.....
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut ajer..
Mak tetap tak bersetuju.....mak memang degil...
tak salah anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuhh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.....
Mak.....amponn kan kami semua...
kami nak mak sehat...kami sayang mak...
kami tak moh mak sakit...kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itulah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
kiter kata nak beli kereta....
Mak asikk tanya ajer..cukup ker duitt..
kiter jawap pula...kalau tak cukup mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai.....mak buat kenduri kesyukuran.....
Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar keling naik motor.....
Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali kabo kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....kiter cecepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kiter kemek...mak tanya kenapa...?
Selamba bodoo jerr kiter jawap terlangar pokok bunga.....
Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar..
mak kiter menipu mak kan...ampon kan kiter....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter memandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasaann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan dirasa makin kelam.....airmata dah tak mampu ditahan....
Masa tu seandainya apa2 terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
disebabkan pagi masih awal jadi jalan tu lenggang....kosong....
sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.....
terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn....

Mak.....
Jam 11.00 pagi mak dimandikan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembutnya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..."dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....kiter nangis ni.....
Ni kat opiss...baru pukul 7.08 pagi....
Takder orang lagi kat opis ni.....kiter sedih...kiter rindu kat mak..!
Takpa la.....nanti bila kiter dah boleh sembanyang kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya...!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya....
Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aje...
Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....Airmata kiter tak boleh tahan....
Jam 12 tengahari mak diturunkan dari rumah....
kaki kiter terus lemahh...dunia terasa berputar...tiba2 kiter rasa gelap...
Jam 5.00 petang....Bila terjaga kiter rasa kepala berdenyut denyut...
badan terasa panas...mata semakin kecil...
makk...anak mak demam nih..!
Mak tauu...cuma kiter sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...
Akak kata kiter pengsan...
Terkilan..terkilan sungguh terkilan...
Kenapa kiter lemah..?
kenapa anak mak yang lain tidak begitu..?
kenapa adik boleh bertahan..??

Mak.....
Hari2 dilalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata
Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yaasin....
entah kenapa kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kiter cuba bertahan...memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...nak cakap dengan mak....
Mak...gila kah anak mak ini..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..."tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau gini ajer mak yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak nampak adegan tu...sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...
Mengharap sedekah dari anak2 nya...
Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat....menusuk nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter kabo....hantar la kat sini....betul jugak..!
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...sebab boss kiter dah mai...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..sampai kiter kerja.....
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih...

Yang Benar
Anak mak yang dah tak degil...